"KING" KL Gangster telah tiada - Ridzuan Hashim Meninggal Dunia

SHARE:

Allahyarham Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan bersama a...

Allahyarham Ridzuan meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan bersama anaknya.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.


Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.


"Saya mahu beritahu pada semua sahabat yang mengenali bekas suami, Ridzuan Hashim sudah kembali ke rahmatullah.


"Saya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan beliau," katanya menerusi hantaran video berdurasi 49 saat.


Sementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan itu berkata, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.


"Arwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.


"Dia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir," katanya.


Iman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.


Ridzuan memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model iklan komersial, seterusnya mengembangkan bakat dalam dunia lakonan apabila ditawarkan membintangi dalam drama Adam & Hawa siaran TV1 pada 1986.


Dua tahun kemudian, anak kelahiran Kuala Lumpur itu diberi kepercayaan oleh pelakon dan pengarah, Datuk Rosnani Jamil membintangi filem Antara Dua Hati bersama bintang handalan, Raja Ema dan Sabree Fadzil.


Anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial, 29, tidak dapat menahan sebak apabila ditanya mengenai pemergian bapanya.


Lebih membuatkan anak kedua arwah Ridzuan dan Didie Alias itu sedih apa mengulas mengenai hajat yang tidak kesampaian bapanya menghadiri majlis pernikahannya pada 20 Mei ini.


"Arwah sempat jumpa tunang saya, cuma tak sempat jumpa keluarga di sana. Semuanya sudah disiapkan termasuklah tiket penerbangan ke Tawau, Sabah dan pakaian.


Muhammad Dhanial yang ditemui di Masjid Al-Mustaqqin, Batu 16, di sini, tidak dapat berkongsi banyak kerana masih lagi bersedih.


Kata Muhammad Dhanial, dia pastinya akan merindui bebelan arwah terutama soal makanan.


"Arwah selalu membebel, jadi saya akan rindukan bebelannya terutama soal makanan kerana keluarga kami ada sejarah sakit jantung," katanya.


Kongsi Muhammad Dhanial, arwah rebah ketika mereka bersarapan bersama di rumah.


"Arwah tengah sarapan, selepas dua atau tiga suap terus rebah.


"Dia selalu bangun tidur antara jam 7 hingga 8 pagi, jadi saya sudah siapkan makanan untuknya.


"Saya kejut awal, tetapi hari ini arwah tak larat bangun, selalunya dia bangun awal.


"Jujurnya, arwah memang sudah lama menghidap penyakit jantung, tetapi arwah simpan sebab tak mahu orang tahu dan takut tiada 'job'," katanya.


Dalam masa sama, Muhammad Dhanial turut berterima kasih kepada rakan dan saudara mara yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.


"Terima kasih walaupun minit terakhir saya beritahu, ramai juga kawan-kawan datang. Saya terkejut bila tengok ramai yang datang untuk solat jenazah.


"Alhamdulillah, semuanya sudah selesai dan berjalan lancar," katanya.


Terdahulu, pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.


Jenazah Allahyarham Ridzuan Hashim, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Dusun Tua, di sini, jam 8.30 malam ini.


Sebelum ini, jenazah arwah disolatkan di Masjid Al-Mustaqqin, di sini.


Lebih 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan artis dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Antaranya, Datuk Yusof Haslam, Datin Alyah, Edika Yusof, Fizo Omar, Norman Hakim, Ieda Moin dan Zalif Sidek. 


Berita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.

Ridzuan dilahirkan pada 13 Ogos 1961 di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan Didie pada 1991 dan dikurniakan lima cahaya mata, namun perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga 2002.


Antara filem lakonannya termasuklah Antara Dua Hati, Hati Bukan Kristal, Lurah Dendam, Ghazal Untuk Rabiah, Sri Dwi Malam, Cinta 200 Ela, SH3, Qaisy & Laila, 1957: Hati Malaya dan Dunia Baru The Movie.


Antara filem yang meledakkan nama arwah menerusi watak King dalam filem KL Gangster.


Arwah Ridzuan juga pernah memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.

Sumber :- bharian.com.my / tiktok.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content